BUAH-BUAHAN SISA JADI PARFUM RUANGAN...........HHMMM.....WANGI (FRUIT WASTE)

ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
BUAH SEGAR

TAHUKAH bahawa anda mampu menghasilkan penyegar udara sendiri dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayuran dari dapur rumah?
Ia bukan sahaja satu langkah penjimatan kerana tidak perlu membeli semburan penyegar di kedai, malah penyediaannya tidak melibatkan kos yang mahal. Anda hanya perlu menunggu tiga bulan untuk mendapatkan hasilnya.
Sekumpulan pelajar Kolej Taylor's yang terlibat dalam demonstrasi membuat ekoenzim sempena minggu Go Green memberitahu, untuk menyediakan ekoenzim seseorang itu hanya memerlukan sisa buah-buahan atau sayuran, gula perang dan air.
Menurut Akmal Arif, 19, ekoenzim merupakan satu larutan kompleks yang dihasilkan melalui proses pemeraman antara campuran sisa dapur yang segar seperti buah-buahan dan sayuran, gula serta air.
"Enzim ini mudah dihasilkan dan boleh disediakan sendiri oleh setiap isi rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah campurkan 10 bahagian air, satu bahagian gula dan tiga bahagian sisa dapur ke dalam bekas kedap udara.
"Bekas itu kemudian perlu ditutup ketat dan disimpan selama tiga bulan, tetapi penutupnya perlu dibuka atau dilonggarkan setiap hari untuk melepaskan gas," katanya ketika menerangkan kaedah penyediaan ekoenzim.
Sementara itu, rakan sekumpulannya, Nasrul Yusof, 19, menerangkan bahawa kaedah menjadikan ekoenzim berbau wangi adalah dengan menggunakan sisa buangan buah-buahan sitrus.
"Selain dijadikan semburan penyegar udara, ekoenzim juga boleh digunakan untuk mencuci lantai, melembutkan fabrik, baja organik serta boleh digunakan untuk membasuh baju.
"Apa yang perlu dilakukan adalah mencampurkan satu penutup botol ekoenzim dengan air, kemudian ia boleh digunakan dalam cucian," jelasnya.
Projek ekoenzim sempena kempen hijau itu melibatkan empat pelajar yang lain iaitu Zi Chuen, Rebecca, Michele dan Mohd. Amin Md. Daud.
Kumpulan pelajar tersebut tampil dengan idea itu bagi mendedahkan kepada masyarakat khususnya kepada rakan sekelas mereka mengenai kebaikan ekoenzim. Pada masa yang sama, mereka membawa mesej penjagaan alam sekitar.  sumber:kosmo.com


ADSENSE 336 x 280 dan ADSENSE Link Ads 200 x 90